DHM Land Sdn Bhd

DHM Land Sdn Bhd dimiliki 100% bumiputera dan ditubuhkan pada tahun 2004. Pihak kami menawarkan perkhidmatan bina rumah atas tanah sendiri secara komprehensif bermula daripada urusan pecah lot tanah sehinggalah rumah mendapat Sijil Kebenaran Duduk (SKD) daripada pihak berkuasa tempatan. Syarikat adalah berdaftar dengan CIDB dan Kementerian Kewangan.

Pada peringkat permulaan syarikat ini ditubuhkan secara khusus bagi menyokong pembinaan rumah syarikat utama kami Wira Homeland Sdn Bhd yang telah membina 200 unit lebih rumah dan rumah kedai di sekitar Kelantan. Pihak kami juga mempunyai kepakaran dalam urusan hartanah seperti pecah bahagian, pecah sempadan dan ubahsyarat tanah di Negeri Kelantan yang diuruskan syarikat Jurukur Tanah berlesen DHM Ukur Consultant. Kami juga mempunyai hubungan baik dengan beberapa firma profesional lain seperti firma guaman, arkitek dan kejuruteraan sivil.

DHM Ukur Consultant

JURUUKUR TANAH BERLESEN & PERUNDING UKUR KEJURUTERAAN

Firma ini ditubuhkan pada 13 Ogos 2014 setelah diperakukan oleh Lembaga Jurukur Tanah Malaysia sebagai firma Jurukur Tanah Berlesen (JTB). JTB diberi kuasa dibawah Akta 458 Jurukur Tanah Berlesen untuk menjalankan kerja ukur yang diperlukan oleh undang-undang bertulis berkaitan dengan hakmilik tanah. Selain itu firma mempunyai kepakaran dalam melakukan kerja ukur kerjuruteraan seperti ukut topografi, as-built, pembinaan jalan, bangunan dan sebagainya.

  1. Subvision / Pecah Sempadan
  2. Partition / Pecah Bahagian
  3. Amalgamation / Cantuman
  4. Strata Title
  5. Topografi Survey
  6. GPS & Geodetic Surveys
  7. Land & Housing Development Consultant
  8. Civil Engeneering Survey
  9. Underground Utility Survey
  10. UAV Aerial Mapping

One thought on “Tentang Kami

  1. Nik Reply

    Salam.
    Kalau berminat hubungi saya.
    Tanah strategik nok jual murah2. Tanah depan UMK jeli, depan pintu gerbang UMK. Dekat jalan raya tanah ni.
    Molek masa akan datang buat petempatan (kediaman/perumahan), lot rumah dan lot kedai, gudang, kilang tempat peranginan dan lain2. Buat kilang2 dan gudang pon molek nanti. Depan UMK jeli, kawasan strategik dekat jalan raya.
    Harga bukok harga murah dooh, lebih 8ekar tanah ni dan harga bukok plak harga 1.3j tuu pon harga nego lagi, nego sampai jadi yee. Hubungi 0133829238.
    Berminat roger2 saya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *