PROSES BINA RUMAH

 

1. Harga dan spesifikasi rumah

Pihak kami mempunyai kadar asas untuk sekaki binaan. Jadi pada peringkat permulaan harga dan spesifikasi rumah adalah terbuka kepada perbincangan jika ada pertambahan dari segi keluasan dan spesifikasi rumah. Bagi kami harga dan spesifikasi rumah adalah elemen terpenting dalam urusan pembinaan rumah atas tanah sendiri

alterations

 

2. Rekabentuk

Selepas perbincangan harga, rekabentuk boleh dimulakan berdasarkan citarasa pemilik rumah. Tiada had ditetapkan kepada rekabentuk. Walaubagaimanapun rekabentuk mestilah selari dengan spesifikasi rumah yang dipersetujui

 

3. Urusan Tanah

Pembinaan rumah mestilah dibina atas tanah milik dan berstatus bangunan kediaman. Jika tanah masih dalam berstatus pertanian ianya mesti ditukar syarat terlebih dahulu. Pihak tuan tanah juga boleh melakukan pecah sempadan dan ubahsyarat terlebih dahulu melalui DHM UKUR CONSULTAN sebelum meneruskan pembinaan rumah.

 

4. Urusan Guaman

Pihak kami mempunyai panel guaman yang berkaliber bagi memudahka urusan jual beli rumah anda. Kos guaman ditanggung oleh pihak kami sepenuhnya.

 

5. Urusan Pinjaman

Pihak kami akan menguruskan pinjaman pihak tuan tanah bermula dari awal sehingga lulus pinjaman.

 

6. Pembinaan

Pembinaan rumah akan dimulakan apabila pinjaman diluluskan. Pihak kami akan menguruskan segala urusan pembinaan sehingga Sijil Kebenaran Duduk daripada pihak berkuasa tempatan.

 

7. Tempoh Pembinaan

Tempoh pembinaan rumah banglo setingkat pada kebiasaannya adalah enam bulan sahaja. Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada saiz dan lokasi rumah.

 

 

Sila isikan borang pertanyaan dibawah

    Borang Pertanyaan

    Nama *

    Email *

    No. Telefon

    Pertanyaan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *