Panduan membeli tanah lot banglo

tanah lot banglo

Sekarang saya akan bercerita tentang tips-tips untuk memberi panduan secara kasar berkenaan cara pembelian tanah lot banglo untuk mengelak sebarang penipuan dari orang perseorangan atau syarikat yang berleluasa sekarang ini.

Antara Penipuan yang biasa kita dengar adalah seperti berikut:

1. Setelah Perjanjian JUALBELI ditandatangani, kerja tanah dan urusan pindahmilik tidak selesai sehingga 5 atau 6 tahun. Ada juga projek yang tidak mengambil kira kemudahan INFRA ( jalan / longkang / Elektrik / bekalan Air ) yang mana akan mendatangkan masalah di kemudian hari.

2. Wakil Penjual mempromosikan tanah yang berbeza dari tanah yang hendak dijual. Sebagai contohn, mereka menunjukkan tanah yang telah melalui kerja tanah untuk menyakinkan pembeli bahawa tanah tersebut telah dimulakan kerja-kerja sepatutnya. Sebaliknya tanah yang hendak dijual adalah terletak jauh dari jalan masuk atau terletak di atas bukit yang curam atau di lurah yang dalam.

3. Penjualan tanah bertindih. Sebagai contohnya, penjualan tanah yang sama dilakukan kepada 2 pembeli yang berlainan.

4. Penjualan tanah yang ada CAVEAT. Penjualan Tanah yang ada CAVEAT adalah tidak sah dan proses pindahmilik tidak dapat dilakukan walaupun terdapat Perjanjian JUALBELI

5. Penjual tanah atau wakilnya mempromosikan GERAN tanah lama untuk membuat urusan promosi. Ini boleh mengelirukan pembeli apalagi kalau pembelian tidak melibatkan peguam. Dengan kata lain, pembeli terdedah kepada penipuan saiz tanah. Sebagai contoh, di dalam GERAN tanah lama, keluasan adalah 3.8 Ekar dan dijual RM 380,000 berdasarkan kepada harga RM 100,000 seekar. Tetapi luas sebenar adalah ( dalam GERAN baru ) cuma 3.0 ekar setelah proses ‘ Pengambilan ‘ atau ‘ Serahan ‘ tanah

6. Terma JUALBELI yang tidak munasabah. Sebagai contohnya, Penjual atau wakil penjual mempromosi jualan hartanah murah dengan menawarkan ‘Belian Bajet’ dengan menawarkan satu lot banglo GERAN INDIVIDU + harga termasuk INFRA + Kos Guaman dengan keluasan 2400 kps dengan harga RM 40,000. Mengikut peraturan Majlis Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor misalnya, hanya tanah keluasan 3900 ke asas ( bergantungg kepada Majlis Daerah Lokasi tanah ) berstatus BANGUNAN KEDIAMAN akan diluluskan untuk permohonan GERAN INDIVIDU iaitu untuk tujuan rumah SESEBUAH ( BANGLO )

Sumber : http://www.property24u.com/316035354

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *