Bagaimanakah GST akan Mempengaruhi Harga Rumah & Pasaran Hartanah

Dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015, ramai rakyat Malaysia prihatin dengan kesannya terhadap harga. Ia adalah tidak dapat dinafikan bahawa harga hartanah kediaman juga akan dipengaruhi. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan bagaimana harga hartanah kediaman akan dipengaruhi oleh GST pada masa depan.

Untuk menilai kesan GST terhadap harga rumah (atau hartanah kediaman) secara lebih tepat, ia adalah penting untuk memahami bagaimana GST dilaksanakan (Klick di sini untuk penjelesan yang lebih terperinci dan mudah difahami mengenai bagaimana GST berfungsi di Malaysia). Selain daripada GST, kita mestilah juga mempunyai kefahaman tentang Cukai Jualan, di mana ia merupakan skim cukai kini yang mempengaruhi sektor hartanah. GST akan menggantikan Cukai Jualan pada April 2015.

klccSkim Cukai ke atas Harga Hartanah Kediaman – Persamaan

Kita perlulah mengenal pasti persamaan antara kedua –dua skim cukai ini sebelum membuat bandingan.

Persamaan antara GST dan Cukai Jualan kini adalah tiada cukai dikenakan atau akan dikenakan terhadap pengguna dalam pembelian rumah/hartanah kediaman. Dalam skim GST, hartanah kediaman berada dalam kategori GST Berkadar Pengecualian (tetapi sila mengambil perhatian bahawa GST akan dikenakan terhadap pengguna sekirannya dia membeli hartanah komersil kerana hartanah tersebut merupakan barangan dalam kategori GST Berkadar “Standard”).

Walau bagaimanapun, dalam proses pembuatan produk akhir ini (juga dikenali sebagai peringkat input dalam istilah cukai). Di bawah kedua-dua skim cukai ini, pemaju akan dikenakan cukai semasa pembelian input dan bahan-bahan mentah mereka. Dan ini menyebabkan perbezaan mula menjadi jelas antara kedua-dua skim cukai ini. Kadar cukai untuk input dan bahan-bahan adalah berbeza antara GST dan Cukai Jualan
Cukai Jualan vs GST ke atas Hartanah Kediaman – Perbezaan

Berdasarkan Akta Cukai Jualan 1972, bahan binaan asas seperti batu bata, simen dan jubin lantai adalah merupakan Barangan Jadual Pertama, di mana semua barangan dalam kategori ini tidak akan dikenakan sebarang cukai jualan. Sementara itu, bahan binaan yang lain merupakan Barangan Jadual Kedua, di mana semua barangan dalam kategori ini hanya akan dikenakan cukai jualan sebanyak 5%.

Dalam perlaksanaan GST yang baru ini, semua bahan binaan dan perkhidmatan (Cth: kontraktor, jurutera) akan dikenakan GST dengan kadar yang standard iaitu 6%. Ini mestilah akan meningkatkan kos pengeluaran pemaju.

Jika anda memahami bagaimana GTS dilaksanakan, kebanyakannya, kos cukai tambahan ini akan dipindahkan kepada pengguna akhir (GST Berkadar “Standard”), atau dituntut semula daripada kerajaan (GST Berkadar Sifar). Namun, dalam kes ini (GST Berkadar Pengecualian), kos cukai tambahan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang sebelum pengguna akhir – Pemaju. Pemaju tidak mempunyai “mangsa” seterusnya dalam rantaian bekalan.

Ini nampaknya merupakan berita baik untuk pembeli rumah kerana mereka tidak perlu membayar GST apabila membeli rumah atau hartanah kediaman. Walau bagaimanpun, seseorang itu tidak patut terlalu gembira untuk pekara ini. Ia adalah tidak sukar untuk dibayangkan bahawa pemaju akan cuba untuk merangkumi kos cukai tambahan ini ke dalam harga jualannya secra tersirat.

– See more at: http://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/Bagaimankan-GST-akan-Mempengaruhi-Harga-Rumah-&-Pasaran-Hartanah#sthash.khnn7FUY.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *