Syarat untuk membeli rumah/tanah di Kelantan

Syarat untuk membeli rumah/tanah di Kelantan, pembeli mestilah ANAK KELANTAN dan takrif Anak Kelantan mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938 sebagaimana berikut :-

1 – Seseorang yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya berbangsa Melayu.
2 – Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, ibunya berbangsa Melayu dan bapanya beragama Islam.
3 – Seseorang yang lahir di mana saja dan bapanya berbangsa Melayu yang lahir di Kelantan.
4 – Seseorang yang lahir di mana saja berketurunan Melayu dan tinggal di Kelantan selama 15 tahun berterusan.
5 – Seseorang yang lahir di Kelantan dan bapanya lahir di Kelantan.
Bagi seseorang yang Bukan Anak Kelantan mesti mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan.