PECAH LOT TANAH UNTUK BINA RUMAH? URUSAN TANAH BELUM SELESAI?

Ramai orang tertanya-tanya apakah maksud sebenar pecah lot tanah?
Sebenarnya pecah lot tanah adalah nama atau terma umum kepada beberapa kategori pecah bahagi tanah.

Terdapat 2 Jenis pecah bahagi tanah yang biasa digunakan iaitu Pecah Sempadan & Ubah syarat Serentak dan Pecah Bahagian.
Kedua-dua jenis pecah bahagi tanah ini mempunyai definisi berbeza.Kaedah pecah bahagi ini digunakan oleh tuan-tuan tanah untuk membangunkan tanahnya samada untuk menjual lot bangunan atau membina rumah di Negeri Kelantan.

1. Pecah Sempadan&Ubah syarat serentak
Cara ini akan digunakan dengan memecah bahagi tanah kepada samada lot banglo, semi -D atau teres mengikut bentuk, luas dan kesesuaian tanah. Lakaran pelan akan dibuat dengan mengambil kira perancangan Pihak Berkuasa Tempatan. Proses ini akan melalui Majlis Daerah/Perbandaran, Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kelulusan.

2. Pecah Bahagian
Pecah bahagian adalah pecah bahagi tanah mengikut syer atau bahagian yang dipegang oleh individu di atas geran. Syer setiap individu boleh dilihat pada mukasurat belakang geran. Proses yang perlu dilalui adalah lebih kurang sama dengan proses pecah sempadan dan ubahsyarat. Pada akhir proses pecah bahagian , tuan tanah akan menerima geran berasingan mengikut syer yang dimiliki di atas geran. Penyelesaian sebegini dilakukan dalam keadaan tuan tanah yang tidak berminat untuk membangunkan tanahnya cuma sekadar ingin mengasingkan pemilikannya di dalam geran berasingan.

???Kedua-dua proses ini dilakukan oleh tuan tanah yang ingin membina rumah dengan pinjaman bank atau kerajaan. Ini kerana dalam setiap pinjaman perumahan, lot tanah akan dicagar kepada institusi yang memberi pinjaman.

~ANDA MEMPUNYAI MASALAH TANAH UNTUK MEMBUAT RUMAH?. JANGAN RISAU KAMI MEMPUNYAI JURUKUR TANAH BERLESEN IAITU DHM UKUR CONSULTANT YANG MAMPU MENYELESAIKAN PECAH BAHAGI LOT TANAH ANDA TANPA ORANG TENGAH~

?? HUBUNGI KAMI UNTUK QUOTATION PERCUMA BAGI PENYELESAIAN TANAH YANG MEMBOLEHKAN TUAN/PUAN MEMBINA RUMAH IMPIAN.

OFFICE : 09-747 1528

NAK LAGI CEPAT, TEKAN JE LINK KT BAWAH NI???

http://bit.ly/PECAHLOTDANBINARUMAH

http://bit.ly/PECAHLOTDANBINARUMAH2